Umat Islam mangsa keganasan sendiri

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri berkata gejala keganasan yang terjadi dalam dunia Islam kini mengakibatkan umat Islam menjadi mangsa.

“Setiap hari, banyak keganasan yang berlaku dalam dunia Islam dan amat menyedihkan apabila melihat begitu ramai umat Islam yang mati di tangan umat Islam sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan rasa sedih mengenai nasib yang menimpa umat Islam kini.

Diburukkan dengan kebangkitan fahaman ekstremis, Perdana Menteri berkata, kesemua ini menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan satu fenomena Islamofobia.”

Najib berkata semasa zaman Nabi Muhammad SAW, Islam wujud bersama dengan agama-agama lain tanpa mencetuskan sebarang sengketa.

“Ini boleh digunakan sebagai asas untuk menggalakkan nilai-nilai teras biasa dalam kalangan penganut agama yang berbeza, katanya lagi.”

“Saya percaya bahawa penyelesaian semua masalah yang dihadapi boleh didapati dalam Islam sendiri kerana Islam ialah agama yang mengajar kesederhanaan,” tambahnya.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri pernah berkata, gejala Islamofobia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau yang dilakukan ke atas umat Islam, katanya dalam satu daripada catatan dalam blognya.

Keganasan bukan sahaja dilakukan oleh penganut agama Islam, tetapi penganut agama lain.

Najib juga mempersoalkan mengapakah penganut agama lain tidak dianggap sebagai pengganas apabila berjuta orang awam dibunuh menggunakan bom nuklear dan bom kimia.

“Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas,”.-SarawakVoice.com