Tuesday, June 28, 2022

Usaha Mahathir tidak datangkan kesan, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN

Secara Rawak

KUCHING –  Gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib  Razak tidak akan mendatangkan kesan, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) melalui akaun twitternya, petang ini.

Dr Mahathir keluar UMNO 1 Mac lalu kerana kecewa dengan kepemimpinan Perdana Menteri.

Kandungan twitter itu dimuat naik selepas Dr Mahathir bertindak bersekongkol dengan musuh politiknya, dengan berdiri di atas pentas yang sama dengan mereka yang suatu ketika dahulu, tidak sebulu dengannya. Deklarasi itu menuntut Najib berundur dari kerusinya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib  sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

“Bekerjasama dengan musuh ketat UMNO hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam UMNO, saya berterima kasih kepada anda Tun,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru