Monday, December 5, 2022

RM135 juta pastikan PRN Sarawak lancar

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan sejumlah RM135 juta bagi melaksanakan proses pilihan raya negeri Sarawak ke-11, yang dijadualkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Pengerusinya, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata, peruntukan itu ialah anggaran kos keseluruhan operasi SPR termasuk keperluan lojistik dan sumber manusia.

” Kita akan menggerakkan 21,368 petugas di seluruh negeri ketika proses demokrasi itu berlangsung dan ia akan melibatkan 82 kawasan, termasuk 11 kawasan baharu,” katanya kepada media pada majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Sarawak kepada media di sini pagi tadi.

Hashim berkata, taklimat dan latihan kepada para petugas termasuk pegawai pengurus pilihan raya telah pun diadakan.

SPR

” Malah kita turut mengadakan taklimat ini (kepada media) dan esok kepada petugas keselamatan, bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Dari aspek lojistik, kata Hashim, SPR Negeri Sarawak telah melakukan persediaan penuh termasuk menyewa bot, perahu serta pelbagai jenis kenderaan bagi membolehkan proses demokrasi itu berlangsung dengan jayanya.

“Kita juga menyewa 38 buah helikopter bagi memastikan proses penghantaran peti undi serta penjumlahannya kelak dapat dilakukan secara pantas, cekap dan lancar,” tambahnya.

Menjelang esok katanya lagi, SPR sudah boleh melaksanakan proses itu pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

“Sebaik sahaja DUN bubar, kita  bersedia untuk memastikan sebuah kerajaan baharu dibentuk dalam tempoh 60 hari secara adil, saksama dan matang,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru