Friday, August 19, 2022

Mahathir: Sampaikan salam saya kepada Anwar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR – Musuh politik tidak selamanya akan bermusuhan. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang dikenali sebagai seteru politik yang tidak terfikir boleh bersatu dan berbaik-baik semula.

Tetapi demi kepentingan bersama, mereka bersedia mengetepikan sejarah silam: perbalahan berlarutan, pendedahan mengaibkan, dan  luka yang mendalam.

Hari ini, sejarah baharu politik Malaysia dilakarkan.

Bekas Perdana Menteri, menyampaikan salam kepada mantan timbalannya Anwar Ibrahim melalui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, kata Suara TV.

Malah, Dr Mahathir turut menyampaikan terima kasih kepada Anwar kerana sokongan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Sampaikan salam dan ucapan terima kasih saya pada beliau” ujar Dr Mahathir kepada Azmin sejurus selepas menandatangani Deklarasi Rakyat bersama 57 lagi tokoh lain di Kuala Lumpur petang tadi, katanya lagi seperti dipetik Suara TV.

Agenda utama deklarasi itu adalah menyelamatkan Malaysia.

Perseteruan Anwar  dengan Dr Mahathir berlarutan selama sekitar 18 tahun selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemudian meringkuk dalam penjara kerana didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan liwat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru