Tiga buaya ganas tumpas di Santubong

SANTUBONG: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Jabatan Hutan Sarawak hari ini berjaya menjerat dan membunuh tiga ekor buaya, yang dikhuatiri berpotensi mengganggu habitat manusia di sini.

Buaya yang dikenali sebagai Bujang Santubong itu ditangkap pada Operasi Penakaiaan — yang dilancarkan bagi mengawal populasi buaya yang tinggi di kawasan Santubong.

Ketiga-tiga buaya yang dibunuh itu merupakan buaya dewasa spesies katak dengan saiz menjangkau empat meter.

SFC dalam kenyataannya hari ini berkata, operasi penakaian tersebut akan berlangsung selama seminggu, bermula Selasa lalu.

boyak 2

“Dua ekor reptilia terbabit ditangkap menggunakan kaedah kail atau “hook and line” manakala seekor lagi ditembak dengan senapang.

” Buaya tersebut ditembak ketika berada di seberang lokasi seorang remaja berusia 16 tahun maut diserang buaya pada 11 Januari lalu.

“Ketiga-tiga bangkai buaya ini kemudian dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang bagi tujuan bedah siasat sebelum dilupuskan,” jelas kenyataan itu.

Sebelumnya, pada 12 Disember tahun lalu, insiden yang hampir sama berlaku di Pantai Pasir Panjang, membabitkan seorang jururawat Hospital Umum Sarawak (HUS), Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23, tahun.

Kehilangan Wazieyana yang dikhuatiri lemas, terus menjadi misteri hingga ke hari ini.

Jelas SFC lagi, pihaknya berharap menjelang hari-hari akhir operasi itu, pihaknya akan terus dapat menakai buaya-buaya besar yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada manusia.

boyak 3

“Penakaiaan” merupakan terma bagi proses mengeluarkan sesekor haiwan daripada kumpulannya, atas alasan kecacatan, pertumbuhan yang rendah, berpenyakit, terlalu tua, kegagalan membiak atau mempunyai kadar prestasi pembiakan yang rendah.

Proses ini dilakukan untuk mengelakkan pembiakan rambang antara haiwan dalam kumpulan yang sama. – SARAWAKVOICE.COM