Friday, December 3, 2021

Koperal polis salah guna dadah ditahan

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang koperal polis ditahan kerana didapati menyalahgunakan dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang di sini, kelmarin.

Dalam ujian air kencing jam 4.30 petang itu, seorang koperal polis berumur 37 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sepasukan polis melakukan ujian saringan awal terhadap anggota terbabit dan mendapati positif amphetamine.

Katanya, anggota terbabit berasal dari Bau, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

“Siasatan awal, anggota terbabit mengaku menghisap syabu sejak 2014 dan mengambilnya sebulan sekali. Kali terakhir dia menghisap syabu ialah pada Ahad lalu.

“Dia mendakwa membeli syabu dari seorang lelaki dari Miri dengan harga RM30. Anggota ini pernah ditangkap tahun lalu tetapi dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai mengesahkan kes, berkata ketika ini anggota itu dibebaskan dengan jaminan penyelianya sehingga menunggu laporan Jabatan Kimia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru