Menteri dimaki hamun kerana guna kata-kata melampau terhadap Mahathir

“Saya membuat perumpamaan telah lama koma. Jika tiba-tiba meninggal orang tidak terperanjat kerana sudah menjangkakan,” - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KUCHING: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dikecam oleh netizen dan orang ramai ekoran kenyataan kerasnya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan dalam sebuah portal berita petang tadi.

Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menjadi viral di media sosial.

Beliau yang kesal dengan tindakan mantan Perdana Menteri itu, telah didakwa mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya digunakan kerana dianggap keterlaluan dan tidak selari dengan nilai budaya Melayu.

“Dia telah lama sakit dan koma…,” kata Ismail menggunakan andaian atau analogi merujuk kepada kedudukan Dr Mahathir dalam UMNO. Analogi itulah yang banyak disalah tafsir oleh pembaca, yang kemudiannya memviralkan komen menteri terbabit.

Pada minggu lepas dua orang pemimpin UMNO telah menggunakan metafora dan perlambangan anjing dan babi dalam politik ekoran tindakan Majlis Tertinggi UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden.

“Hari peletakan jawatan ialah hari dia meninggal dunia,” tegasnya. Kata-kata inilah yang dianggap keterlaluan oleh orang ramai dan netizen sedangkan Ismail Sabri sekadar menggunakan bahasa metaforikal dan analogi, satu teknik retorik dengan bersulamkan elemen pathos dalam komunikasi politik.

Mereka yang tidak membaca atau mendengar keseluruhan wacana beliau dan membaca tidak mengikut konteks, tentu akan terjun ke kesimpulan yang tersasar.

Ekoran itu, beliau mengeluarkan kenyataan di Facebooknya untuk menjelaskan maksud beliau yang sebenar dan menangkis serangan terhadapnya.

“Saya terkejut ramai yang maki hamun saya kerana kenyataan saya ini. Ramai yang memaki hamun itu sebenarnya kerana mereka hanya membaca tajuk tapi tak membaca isi kandungannya.

Namun banyak juga netizen yang mempertahankan maksud sebenar beliau. Mereka memberi sokongan moral kepada menteri berkenaan.

Screen Shot 2016-03-01 at 10.45.51 PM

Saya hanya menjawab soalan media yang bertanya sama ada saya terkejut atau tidak,” katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perkhidmatan cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar di sini, pagi tadi.

“Saya membuat perumpamaan telah lama koma. Jika tiba-tiba meninggal orang tidak terperanjat kerana sudah menjangkakan,” jelasnya.

Kesal dengan reaksi orang ramai itu, beliau mengkritik mereka yang hanya membaca tajuk sesuatu berita, tanpa membaca dan memahami isi kandungannya mengikut konteks.

Beliau memberi komen berkaitan dengan tindakan Dr Mahathir keluar dari UMNO untuk kali kedua semalam.

” Inilah orang kita…beragama Islam tapi tidak pernah mengikut ajaran sebenar, iaitu setiap orang Islam mesti memeriksa terlebih dahulu berita yang diterima daripada orang fasik,” katanya.- SARAWAKVOICE.COM