Kakitangan Imigresen , isteri dan anak ditemui rentung di Samarahan

SAMARAHAN: Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Negeri Sarawak, isteri dan anaknya ditemui mati dalam satu kejadian kebakaran di tingkat tiga, sebuah bangunan komersial yang dijadikan tempat kediaman, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian di Lorong Bandar Baharu Samarahan 4 itu, mangsa dikenali sebagai Saruji Arip 42 tahun, isterinya, Saidatul Farhanah Mohd Yusof, 29 tahun dan seorang kanak-kanak, Mohamad Norhaqimi Mohd Ziqri Zairi, 3 tahun, dipercayai anak kepada pasangan tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohamad, kebakaran melibatkan bilik tidur pasangan tersebut, yang terbakar 80 peratus.

Ketika ini pihak polis masih menyiasat dari semua aspek sama ada kes ini melibatkan unsur jenayah atau sebaliknya.

Berita lanjut menyusul.- SARAWAKVOICE.COM