Pengundi Bidayuh diminta terus sokong BN

SERIAN: Bagi memastikan kawasan masyarakat Bidayuh tidak terlepas daripada menerima pembangunan, amatlah penting bagi pengundi di lapan kerusi majoriti Bidayuh untuk menyokong calon Barisan Nasional  (BN) dalam pilihan raya negri akan datang, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Datuk Sri Michael Manyin, yang telah bertanding telah menjadi wakil rakyat di kerusi Tebedu sejak 20 tahun lalu, berkata, semua lapan kerusi terbabit perlu dimenangi oleh BN dalam pilihan raya ke-11 nanti.

Pilihan raya negeri dijangka diadakan 30April, sementara pencalonan, 18 April.

Beliau berkata, memang BN pasti menang  dengan majoriti dua per tiga dalam pilihan raya akan datang, tetapi pada waktu sama mahu pengundi Bidayuh berdiri teguh di belakang BN.

Selepas pertambahan 11 kerusi  terdapat lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Bidayuh – Opar, Tasik Biru, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup, Serumbu dan Bukit Semunja – dengan dua yang terakhir merupakan kerusi baharu.

Mambong merupakan nama baharu bagi kerusi Bengoh.

Bukit Semunja ialah satu daripada 11 kerusi baharu selepas proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam PRN 2011,  mengikut penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak,  Profesor Madya Dr Ahi Sarok, keputusan pilihan raya memperlihatkan  kesemua  kerusi memihak kepada calon BN dari segi peratusan undi, kecuali di kerusi Tarat sedikit merosot.

“Majoriti yang dimenangi calon BN, Datuk Roland Sagah agak menurun.  Penurunan ini berpunca daripada faktor, kebanyakan pengundi Cina di  daerah mengundi Beratok dan Tapah memberi sokongan padu kepada calon PKR., iaitu Peter Ato. Begitu juga pengundi daripada masyarakat Bidayuh di kawasan Binah dan Biya di pedalaman hulu Pedawan. Mereka kebanyakannya menyokong calon PKR terbabit.

“Berkaitan dengan kemerosotan undi di kerusi terbabit, beliau berkata: Pertama, kawasan tersebut telah diabaikan oleh pemimpin BN. Kedua, disebabkan, mereka ini membantah keputusan kerajaan untuk membangunkan Puncak Borneo, kerana kerajaan dianggap ambil tanah mereka tanpa memberi pampasan yang mencukupi. Mereka kecewa.

Pembangunan di Puncak Borneo tidak memberi banyak faedah kepada masyarakat tempatan. Justeru, mereka tidak memihak kepada BN. Ada daripada kawasan di hulu Pedawan, seperti Kampung Sapit, Kampung Keding, dan Kampung Kakas masih belum menikmati kemudahan asas seperti jalan raya dan elektrik. Mereka bergantung kepada air dari gunung.

Pensyarah sains politik itu berkata, besar kemungkinan akan berterusan sedemikian  khususnya di tempat-tempat yang dikuasai PBB, iaitu Tebedu, Kedup, dan juga Tarap. “

Maksudnya, pengundi akan menyokong cvalon PBB kerana mereka sudah tahu calon penyandang akan dikekalkan, dan mereka ini telah memperlihatkan prestasi yang baik. Mereka sering turun padang, dan banyak bawa perubahan dan pembangunan ke kawasan yang diwakili, dan rakyat puas hati dengan pencapaian mereka.

Lagipun, kata beliau,  wakil rakyat berkenaan merupakan menteri dan timbalan speaker kecuali ADUN Kedup. Dengan jawatan itu, memungkinkan mereka mendapat geran MRP yang lebih banyak untuk disalurkan ke kawasan, Masyarakat Bidayuh mungkin tidak akan beri undi kepada parti dari Semenanjung  seperti DAP dan PKR atau PAS kerana boleh menggugat keharmonian kaum di Sarawak.”

Bagi Manyin,  amat penting bagi pengundi Bidayuh untuk terus menyokong BN, dan memastikan kesemua lapan kerusi menang bagi memastikankaum  wakil rakyat Bidayuh mengemukakan suara mereka dengan cukup padu di DUN.- SarawakVoice.com