Pembaca berita baca berita TV dengan buah dada terbuka

Disebabkan persaingan sengit untuk menarik audiens, sebuah stesen TV di Albania menggunakan strategi drastik: meminta pembaca berita wanitanya  mendedahkan buah dada ketika siaran langsung. Albania mempunyai 10 stesen TV, termasuk stesen swasta.

Sesungguhnya, sudah pasti tindakan itu menggemparkan negara 60 peratus Islam dan 20 peratus Kristian itu.

Tanpa memakai  baju dalam, Greta Hoxha yang cantik, berusia 24 tahun sudah tentu segera melantun namanya. Sementara  saluran Fire TV, segera  membara, dengan menarik perhatian penonton, sudah tentu dalam kalangan lelaki.

Stesen TV itu berpangkalan di Tirana, kota metropolitan, ibu negara Albania yang punya 800,000 penduduk.

Nama pembaca berita itu segera melantun ke papan atas, dan dikenali ramai.

Hoxha sebenarnya menggantikan Enki Bracaj, 21 tahun selepas dipecat kerana muncul dalam majalah Playboy.

“Saya tidak menyesal. Malah, nama saya melonjak. Kini saya menjadi bintang hanya dalam tempoh tiga bulan,”katanya.

Jumlah penonton terus melonjak dari minggu ke minggu, dan iklan juga masuk dengan kencang.

Betapa tidak, penonton tidak sabar untuk melihat wajah wanita itu muncul setiap pukul 7.30 malam, dengan jaket terbuka mendedahkan aset berharganya.

Di negara Albania, dengan penduduk hampir tiga juta, berita sering dimanipulasikan untuk tujuan politik. Justeru ‘news with the naked truth” amat penting, dan tentu disampaikan oleh pembaca berita yang “naked” juga.

“Kami melakukan sesuatu yang asli di stesen ini,” kata beliau.

“Kami mahu menghantar mesej bahawa apabila khalayak menonton stesen TV kami, mereka mendapat sesuatu yang sebenar-benar benar, the naked truth ’tidak diherotkan ke kiri atau kanan,” katanya seperti dipetik banyak berita antarabangsa.

Hika, yang berambut panjang kelihatan begitu fasih menyampaikan berita dan sesekali menggerakkan tangannya.

Video beliau membaca berita sudah menjadi viral, dan sekali gus menjadikannya selebriti antarabangsa.

Malah, ada tawaran daripada stesen TV di Sydney, Australia dengan gaji sekitar RM60,000 sebulan, untuk  menjadi pembaca berita di stesen TV berkenaan, tetapi hingga kini Hoxha belum membuat keputusan.

Stesen TV di Sydney itu juga ialah stesen ‘buka terus dan buka segalanya’.