Saturday, December 3, 2022

Tarik pelancong China ke Sarawak

Secara Rawak

SIBU: China  dianggap sebagai pasaran yang amat berpotensi kerana pendapatan rakyatnya yang tinggi ekoran pertumbuhan ekonomi negara 1.3 bilion penduduk pada masa ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan..

Jumlah pelancong China ke negara ini  meningkat dalam tempoh tiga bulan, dari Disember lalu hingga Februari tahun ini.

“Ini berikutan cuaca amat sejuk di negara berkenaan pada tempoh berkenaan,” katanya.

Datuk Seri Mohamed Nazri berkata, para pelancong China mendapati cuaca di negara ini amat sesuai dengan mereka.

Tambah beliau, pelancong China selesa berada di Malaysia kerana rakyat negara ini bertutur pelbagai dialek termasuk Mandarin sehingga memudahkan mereka berkomunikasi.

“Mereka juga suka landskap hutan dan hidupan liar, serta kawasan pantai,” katanya.

Bagi memudahkan pelancong luar, terutama dari Jepun, Korea, China, dan Eropah mengunjungi Sarawak, satu daripada strategi adalah dengan mengadakan penerbangan terus ke negeri ini.

Penerbangan langsung  ke ibu negeri dapat dilakukan dengan menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan seluruh dunia,

Beliau berkata, kementeriannya  sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia untuk mengadakan penerbangan langsung ke Kuching.

“Kita akan berusaha meningkatkan kerjasama dengan pihak ejen pelancongan untuk mengadakan penerbangan sewa khas terus ke dua destinasi itu yang kian menarik minat pelancong dari negara-negara berkenaan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian pada sidang media selepas Program Titik Sentuhan di Rumah Kanak-kanak Methodist Sibu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 di Dataran Bandar Sibu, semalam.

Malaysia dijangka menerima 30.5 juta pelancong luar pada tahun ini, berbanding 27.4 juta pada 2014, dengan meraih pendapatan RM72 bilion.

Jumlah pelancong merosot 9.4 peratus antara Januari hingga Jun tahun lalu.

Dalam usaha untuk menarik pelancong ke negara ini, syarikat penerbangan AirAsia misalnya telah mengadakan penerbangan terus ke pelbagai bandar raya di negara China dari KLIA2.- SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru