Sunday, May 29, 2022

Sokongan kuat pengundi bolehkan Adenan penuhi agenda pembangunan

Secara Rawak

SARATOK:  Mandat kukuh perlu diberi kepada Ketua Menteri untuk membolehkan beliau membawa pembangunan, terutama di kawasan luar bandar.

“Tempoh dua tahun tidak cukup bagi Adenan  melaksanakan semuanya untuk rakyat,” kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata,  pengundi Sarawak perlu memberi sokongan kuat kepada Tan Sri Adenan Satem.

Beliau mengingatkan rakyat, jika mereka salah pilih dalam pilihan raya negeri ke-11 nanti, ini akan memberi kesan terhadap proses perundingan yang sedang berjalan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Semalam Najib merasmikan Majlis Tahun Baru Cina di Sibu yang dihadiri sekitar 10,000 orang.

Sebaliknya, jika Tan Sri Adenan Satem mendapat mandat kuat, perundingan antara kerajaan persekutuan dengan Adenan akan menjadi lancar.

Dalam pilihan raya 2011, Barisan Nasional (BN) memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. DAP menguasai 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga, dan calon Bebas satu.

Dari segi undi popular, BN meraih 55 peratus undi ketika ia berdepan dengan antara pilihan raya paling sengit disebabkan pelbagai isu yang membelenggunya.

Pilihan raya negeri ke-11 dijangka diadakan pada 30 April, dengan penamaan calon, 18 April.

Bagi Najib, dengan sokongan kuat daripada 1.1 juta pengundi Sarawak, Adenan akan membawa kestabilan politik, dan seterusnya pertumbuhan ekonomi kepada Sarawak.

Adenan telah memperkenalkan 50 prinsip dan keputusan sejak menjadi Ketua Menteri dua tahun lalu.

Semalam merupakan ulang tahun kedua beliau menjadi Ketua Menteri.

Najib merasmikan Program Sejiwa Senada di Saratok hari ini.

Program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat itu sesuai dengan tema ‘Kerajaan Bersama Rakyat’.

Program ini telah diadakan di Miri, Sibu, dan Sarikei, dengan berjaya menarik 280,000 pengunjung. – SARAWAKVOICE.COM

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru