Rumah urut sediakan khidmat seks di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu, kenakan RM80 hingga RM150 sejam

Gambar hiasan

KUCHING: Berkunjung ke Sarawak, terlintas di minda tentang kehijauan alam semula jadi, orang utan dan kek lapis. Namun tidak semua pengunjung lelaki berminat akan destinasi seperti itu.

Sentiasa bermain di minda lelaki ialah hiburan. Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu merupakan antara bandar yang sedang pesat berkembang dengan industri itu.

Bahkan bukan rahsia lagi, Kuching mendapat julukan bandar raya paling banyak rumah urut di Malaysia. Benar Kuching menawarkan khidmat pemuas nafsu dan pengubat lara semurah RM20 ringgit ke RM50 sejam.

Harga ini sebenarnya agak mustahil jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur kerana di Kuching, kemasukan warga asing terutamanya dari China, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia didorong oleh ledakan permintaan semasa.

Malah, pada masa yang sama, sistem penguatkuasaan premis hiburan di negeri itu jelas menutup sebelah mata dan memekakkan telinga.

k urut
Gambar hiasan

Tinjauan rambang penulis mendapati terdapat hampir 20 rumah urut berselerak di pusat komersial berkenaan, yang menawarkan harga semurah RM20 sejam.

Tinjauan juga mendapati terdapat pelbagai khidmat “sedap” yang ditawarkan ¬†dengan harga pakej dari RM80 hingga RM150 sejam.

Pelanggan malah boleh mendapatkan khidmat batin walaupun di kerusi urut kaki jika tiada pelanggan lain, dengan harga yang berpatutan.Tukang urut sanggup menanggalkan pakaiannya untuk tujuan itu.

Di satu lagi rumah urut terletak di bangunan komersial, khidmat tukang urut bertaraf lima bintang dengan kecantikan wajah dan tubuh montok membuat setiap lelaki hidung belang terpaku di hadapan pintu. Ya, harga yang ditawarkan datang dengan kualiti rupa paras.

Namun, di sesetengah lokasi, tinjauan penulis mendapati pekerja-pekerja urut ini membawa masuk pelanggan ke dalam bilik hanya untuk memuaskan nafsu, bukannya untuk melancarkan sistem darah dan urat badan seperti yang dihajati.

Mereka mengurut dengan kaedah urutan piano; tanpa rasa apatah lagi nikmat. Malah, jika tanpa insentif lain selain urut, pelanggan akan dibiarkan keseorangan di dalam bilik sehingga masa tamat. Lokasi sedih ini terletak di satu premis urut di Bandar Baru Batu Kawah.

Pemerhatian penulis turut mendapati, kebanyakan pelanggan rumah urut bergerak di waktu puncak, tengah hari hingga petang, dan jarang-jarang bergerak dalam kumpulan yang besar.

Ini kerana masyarakat di Kuching sebenarnya, lebih mengutamakan kehidupan berkeluarga pada masa rehat, iaitu malam hari.

Inilah nikmat yang luar biasa di Kuching, yang mungkin kurang diketahui pengunjung luar.

Biarpun ia bukanlah industri yang patut dimegah-megahkan, namun ia tetap menjalar sebagai produk senyap bandar raya Kuching.

Tidak dinafikan memang banyak juga rumah urut yang memberi perkhidmatan yang bersih dan tidak melanggar peraturaan. – SARAWAKVOICE.COM