Monday, August 8, 2022

Bukan kerajaan diktator

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional menafikan tuduhan bahawa ia mengamalkan pendekatan kuku besi dalam pemerintahannya.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen apabila pilihan diadakan setiap lima tahun sekali.

Kestabilan politik sentiasa diutamakan demi kepentingan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Kita bukan kerajaan kuku besi,, tidak mengamalkan pendekatan diktator. Kita kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Komuniti Muhibah dan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibah, di sini semalam.

Dakwaan kononnya kerajaan BN akan tumbang, mengikut Najib adalah meleset.

“Siapa cakap kerajaan akan tumbang? Sedangkan belanjawan negara tahun lepas diluluskan Parlimen, dengan majoriti yang cukup besar.”

Tiga hari lepas, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap negara ini menuju ke arah negara diktator seperti Korea Utara, dan orang ramai semakin bimbang kemungkinan diheret ke mahkamah atau dipenjara jika mengeluarkan kenyataan dan pendapat yang tidak disenangi kerajaan. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru