Sunday, August 7, 2022

Kedudukan Muhyiddin bagai telur di hujung tanduk

Secara Rawak

KUALA LUMPUR – Ketika Presiden UMNO, tiba di Menara Dato’ Onn, di sini,‎ petang ini bagi menentukan nasib timbalannya, namun kelibat Tan SrI Muhyiddin  Yassin tidak kelihatan.

Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bagi membincangkan kedudukan Muhyiddin yang dianggap menjadi duri dalam daging ekoran tindakannya mengkritik Najib berkaitan isu 1MDB dan derma RM2.6bilion.

Kedudukan timbalan presiden UMNO itu disifatkan pemerhati politik bagai telur di hujung tanduk.

MT sebentar tadi mengambil keputusan drastik dengan menggantung Muhyiddin daripada menyandang jawatan Timbalan Presiden UMNO, mendapati jangkaan banyak pihak. Apa nasib beliau selepas ini, sama ada dipecat ataupun tidak bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO.

Sebelum usul penggantungan beliau dibincangkan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah diminta keluar daripada bilik mesyuarat. Sesi perbincangan usul dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Husien. Difahamkan perbincangan usul tersebut berlangsung lebih daripada dua jam.

Penggantungan ini akan berlangsung sehingga sesi pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan datang, mengikut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan Muhyiddin  kini berada di luar negara, manakala Naib presiden Datuk Seri Shafie Afdal mengalami sakit gaut.

” Datuk tidak berada di sana. Dia tidak hadir kerana mengalami  gaut,” kata seorang penyokong mantan Menteri Wilayah dan Kemajuan Luar Bandar itu.

Sama ada  Muhyiddin  akan dikenakan tindakan keras, termasuk digantung bakal  ditentukan dalam mesyuarat MT itu.

Dua hari lepas,  Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan tindakan Muhyiddin ibarat “anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

“Saya akan bercakap untuk menghadapkan Muhyiddin ke jawatankuasa disiplin parti di atas perbuatan yang tidak menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan UMNO.

“Saya harap akan dapat sokongan dan kalau beliau dihadapkan ke majlis jawatankuasa disiplin, saya minta hukuman itu ialah jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden digantung,” kata ahli MT itu yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, semalam.

Menurut Nazri, semua proses bagi memastikan Muhyiddin dikenakan hukuman adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh parti.

Beberapa hari lalu,  seorang lagi Ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta Muhyuddin meninggalkan parti atau bertanding untuk jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang sekiranya benar-benar tidak sehaluan dengan amalan parti itu.

Hal ini kerana tindakan mantan Timbalan Perdana Menteri yang terus mengkritik  presiden parti secara terbuka dianggap memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. – SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru