Sarawakvoice.com meletup, limpahan pembaca menjadi punca

KUCHING: Selepas beroperasi selama 24 hari tanpa henti dan dilanggan oleh lebih 40 ribu pembaca dalam tempoh tersebut, portal berita Sarawak Voice.com malam tadi sampai ke kemuncak apabila gagal menampung jumlah aliran trafik yang banyak.

Limpahan trafik luar biasa ini menyebabkan server laman ini meledak dan menuntut untuk dinaik taraf.

” Ini sesuatu yang luar biasa. Kami menyedari jumlah pembaca serta hits kepada portal ini semakin meningkat. Tetapi tidak menyangka berlaku limpahan sehingga menyebabkan server portalnya gagal menampung aliran trafik yang tinggi,” kata admin portal ini.

Menurutnya, ketika insiden tersebut berlaku sekitar jam 9 malam, jumlah pembaca untuk portal itu pada setiap per saat, adalah sekitar 250 orang.

” Sekitar jam 8 malam tadi, kami memuat nait berita ‘Kamek Miak Sarawak’ dikecam.

” Kurang satu jam, berita tersebut melonjak hingga mendapat hits yang luar biasa hingga menyebabkan berlakunya limpahan ini,” jelasnya.

Portal berita ini menyajikan berita terkini yang seimbang, digarap secara profesional serta menyeluruh bagi santapan minda rakyat.

Bahan beritanya mencakupi pelbagai aspek termasuk politik, sukan, kemanusiaan dan sejagat.

Ia juga membekalkan pembaca dengan rencana dan kolum segar yang ditulis oleh tokoh akademik, wartawan kanan dan juga penulis jemputan yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang. – SARAWAKVOICE.COM