PKR tampil calon berwibawa di Sarawak

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memutuskan calon berwibawa daripada pelbagai etnik dan latar belakang pengalaman untuk pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam pilihan raya ke-11 itu, parti yang diterajui Baru Bian di peringkat negeri turut mengemukakan beberapa muka baharu.

Timbalan presidennya berkata hari ini, jawatankuasa pilihan raya telah memutuskan senarai calon terbabit.

“Nama mereka akan diumumkan selepas tarikh mengundi diumumkan,” katanya.

Beberapa minggu lepas, Ketua Menteri Tan Sri Adenan mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan di satu majlis di Santubong tentang tarikh pilihan raya negeri.

Beliau mengumumkan cadangan tarikh pilihan raya pada 30 April, manakala hari penamaan calon 18 April.

Mohamed Azmin Ali, “Calon terbabit memenuhi indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan parti.”

Beliau menyatakan demikian di Shah Alam, semalam.

Berdasarkan sebahagian nama yang diumumkan PKR beberapa minggu lalu, mereka terdiri daripada golongan profesional, dengan latar belakang akademik yang mengagumkan.

Dalam pilihan raya 2011, PKR bertanding di 49 kawasan, tetapi hanya menang tiga kerusi, iaitu Ba Kelalan, Krian, dan Batu Lintang.

Ba Kelalan terletak di utara Sarawak, terletak di luar bandar, dengan majoriti pengundi terdiri daripada etnik Orang Ulu.

Krian, juga kawasan luar bandar berdekatan Sri Aman, dengan majoriti pengundi Iban, manakala Batu Lintang terletak di Kuching, dengan majoriti pengundi Cina.

Dalam pilihan raya 2011, PKR meraih 38.19 peratus undi daripada keseluruhan 300,288 undi dimenangi Pakatan Rakyat. DAP pula menguasai 44.64 peratus undi.

Keseluruhannya, BN menguasai 55 peratus undi apabila memenangi 55 daripada 77 kerusi dipertandingkan. – SARAWAKVOICE.COM