Mahathir  hala sindiran tajam terhadap Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri berkata, kegagalan pertama beliau ialah Tun Musa Hitam sendiri yang menjadi timbalan beliau dari 1981 hingga 1986.

“Beliau tidak sabar untuk saya berundur. Jadi, beliau meletakkan jawatan selepas lima tahun sebagai timbalan saya dalam kerajaan, yang dilabelkan oleh orang Musa sebagai kerajaan 2M,” katanya dalam sindiran menyengat dalam catatan terbaharu blog che.det.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad,  Musa percaya  Majlis Tertinggi  UMNO akan menyingkirkan beliau, dan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM)  itu sebagai Presiden. Tetapi ia memutuskan untuk membujuk Musa kembali sebagai TPM, dan Timbalan Presiden. Musa kemudiannya kembali sebagai Timbalan Presiden

Dalam pemilihan UMNO selepas itu, Dr Mahathir berkata, Musa  membujuk musuh politiknya, Tengku Razaleigh Hamzah  bertanding jawatan Presiden menentang beliau.

Dalam persaingan sengit merebut jawatan itu, yang difahamkan menggunakan banyak wang, dan proses pemilihan yang diragui,

Pada April 1987, UMNO telah mengadakan pemilihan parti di mana Team A yang diketuai Mahathir ditentang Team B yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah dengan lebih 1,500 delegasi mengundi.

Ku Li, nama timangan bagi Tengku Razaleigh, dan pasukannya dijangkakan menang,  tetapi selepas pengiraan undi, diumumkan Mahathir berjaya dengan 761 undi berbanding 718 undi  diperoleh Ku Li.

Dr Mahathir hanya menang dengan 43 undi.

Ku Li  mendakwa 78 ahli delegasi yang  dipilih dari 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan akibatnya, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa beberapa dokumen berkaitan dengan pemilihan telah ‘dicemari’ UMNO kemudiannya telah diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah apabila Ku Lin membawa kes itu ke mahkamah.

Dalam pertandingan itu, Dr Mahathir mengingatkan,  (Tan Sri) Syed Hamid Albar, (Tan Sri) Abdul Kadir Sheikh Fadzir, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi and (Tan Sri) Rais Yatim menyokong Tengku Razaleigh.

“Saya dan Ghafar Baba menang. Kemudian saya melantik semua mereka yang tidak setia kepada saya ke dalam kabinet. Seorang daripada mereka, kemudiannya menjadi pengganti saya sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak melantik sesiapa supaya mereka dapat menjayakan Wawasan 2020, kerana beliau percaya kepada konsep kepemimpinan melalui teladan.

“Saya telah menjadi contoh yang tidak baik kerana mereka yang menggantikan saya semuannya gagal menjayakan Wawasan 2020. Sayalah sepatutnya dipersalah,” kata beliau secara sinikal.

Pada satu majlis Sabtu lalu Musa berkata, Dr Mahathir, pencipta Wawasan 2020, tetapi beliau juga pemusnahnya.

Musa berkata,  Dr Mahathir menggagalkan impian itu apabila beliau memilih untuk menggugurkan pemimpin berpotensi dan melatih pula pengikut yang sebaliknya.

“Pengikut itu akhirnya mengambil alih kepimpinan negara selepas dia meletak jawatan,” katanya.Sesuatu yang ironis apabila wawasan Dr Mahathir sendiri kini pasti gagal akibat Dr Mahathir sendiri,”katanya.

Kata Musa: “Sebijak-bijak beliau, beliau lupa yang untuk berjaya, beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat, tetapi paling penting, pemimpin politik. Rekod kepimpinan peribadi beliau menunjukkan beliau menolak semua pemimpin berpotensi dan mengekalkan serta melatih pengikut. “Kebanyakan pengikutnya yang dilatih ini kemudiannya mengambil alih kepimpinan negara,” Musa dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. – SARAWAKVOICE.COM