Nazri belasah Muhyiddin: Bongkar kisah anjing dan babi dalam politik

KUALA LUMPUR: Video  rakaman  sidang media  seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO membelasah Timbalan Presiden Tan Sri  Muhiddin Yassin tersebar luas ke seluruh negara ketika ini.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  semalam meminta Muhyiddin  segera meletakkan jawatan jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Dalam kata-kata yang keras  ditujukan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Nazri berkata:  “ Tanggungjawab dia untuk membantu presiden. Saya sokong dia. Saya pilih dia dulu kerana dia boleh bantu presiden.

“Kalau hari ini tak mahu sokong presiden jalan terbaik berhentilah. Sebab kalau dia tak berhenti,  kalau saya hentam dia,  saya akan perangai macam dia. Sebab kita marah pada dia,  kerana dia hentam presiden.  Kalau dia tak boleh jadi team player dan tak sokong, saya lawan dengan dia any time. Tak ada masalah. Kepentingan rakyat jauh lebih penting,.Kita perlu tumpu sebagai pasukan, bantu presiden,” katanya dalam nada yang serius.

Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu,” katanya.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata: “Kalau bersikap macam anjing menggigit kaki kita, kita nak buat kerja pun sudah. Apa yang dia fikir dia betul sangat?

Kalau dia beritahu dia kata dia buat atas kepentingan rakyat, apa, dia fikir Tuhan hantar dia  turun ke bumi ini dia seorang saja yang dipilih rakyat. Saya pun dipilih rakyat. Datuk Najib pun rakyat pilih. Rakyat mana yang dia maksudkan? Takkan dia seorang saja wakili seluruh rakyat Malaysia. Datuk Seri Ahmad Zahid wakil rakyat juga. Kami pun wakil rakyat juga.

“Kalau dia fikir dia buat ini takut Tuhan, apakah dia fikir kami tak takut Tuhan.  Kepada saya dia jangan rasa sombong sangat. Waktu dia digugur tak ada pun yang memberontak, Kepada saya senang, satu kapal satu nahkoda. Kalau dia rasa tak boleh, dia keluarlah. Saya hendak cadang dia digantung jawatan dia, dia boleh jadi ahli biasa. Kalau dia hendak hentam, lantak dialah,” katanya.

Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.

“Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu,” kata Mohamed Nazri.

Menurutnya,  Muhyiddin juga silap bila beliau menyatakan bahawa Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada bukti tentang kesalahannya itu.Sementara  itu Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed menyelar kenyataan Nazri bahawa tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam hati saya berkata, kalau dah tabiat babi itu, menyodok membabi buta (jadi) tak perlulah kita cakap apa-apa,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebaliknya Ismail mendakwa Nazri ”suka menyodok membabi buta” dan tidak perlu dilayan.

“Sudah menjadi tabiat segelintir orang berjawatan dalam UMNO atau kerajaan, bila orang yang sudah tidak ada kuasa bila bersuara tentunya diperlekehkan walaupun bekas pemimpin UMNO ini berniat baik mengulas sesuatu isu,” katanya kepada portal berita itu. – SARAWAKVOICE.COM