KUCHING: Seramai 11 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Batu Lintang terlibat dalam Program Pasca Banjir membersihkan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Kuching hari ini.

Program ini adalah yang kedua dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas banjir yang pertama melanda pada 6 Februari yang lepas.

Diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Faizal Saari, program ini memberi tumpuan kepada usaha membersihkan kawasan sekitar sekolah dan bilik darjah sekolah tersebut yang terjejas oleh lumpur banjir.

Tugasan tersebut turut dibantu guru-guru sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan dapat diteruskan selewat-lewatnya esok hari.

Sebuah jentera bomba F-R-T turut digunakan dalam program komuniti tersebut.

Terima kasih Bomba. – SARAWAKVOICE.COM