4 kerusi DAP  dalam bahaya

 

KUCHING:  Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk merampas empat kerusi majoriti Cina yang kini dikuasai DAP, pengundi dan pemerhati politik Sarawak, tertanya-tanya kerusi berkenaan.

Dua hari lalu Ketua Menteri menyatakan keyakinan Barisan Nasional (BN) merampas kembali empat kerusi daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Tan Sri Adenan Satem yakin  ketika ditanya wartawan, berkata: “Kami optimis. Kami sudah lakukan pengiraan kami dan kami agak yakin.”

Dalam pilihan raya lalu, DAP memenangi 12 daripada kerusi majoriti Cina, dan satu lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pada 2011.

Kerusi  dikuasai DAP  ialah Pending, Padungan, Kota Sentosa,  Batu Kawah, Dudong, Pelawan, Bukit Assek,  Repok, Maradong, Kidurong, Piasau, dan  Pujut.

Dalam pilihan raya sengit itu, majoriti diperoleh DAP di kawasan terbabit adalah agak besar, daripada 317 hingga 8,381 undi.

DAP  memperoleh undi majoriti terendah di Dudong, dan tertinggi di Padungan.  

Di Dudong, calon DAP Yap Hoi Liong memperoleh  memendapat undi majoriti 317 sahaja apabila beliau meraih 9,649 undi, menewaskan calon BN, Tiong Thai King, yang mendapat 9332 undi.

Undi tertinggi  kerusi majoriti Cina adalah dikerusi Batu Lintang, sebanyak 8381, dimenangi PKR.

Kerusi lain yang DAP menang dengan majoriti kecil ialah Batu Kawa, sebanyak 543 undi.

Pemerhati politik menyifatkan  keyakinan Adenan mungkin berasaskan langkah yang diambilnya setakat ini yang pro-Cina.

Adenan telah melaksanakan sekitar 50 dasar termasuk yang mesra kaum Cina, seperti mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC), meningkatkan peruntukan untuk sekolah persendirian Cina, dan tidak menganggap Cina sebagai pendatang.

Namun, pemerhati politik berpendirian, tidaklah terlalu mudah untuk BN merampas kembali kerusi majoriti Cina daripada DAP.

Berdasarkan undi majoriti dalam pilihan raya ke-10, BN hanya berpeluang merampas balik kerusi terbabit di Batu Kawa, Dudong dan Bukit Assek dan mungkin Repok. Di tiga kerusi terbabit, DAP  menang dengan majoriti kurang daripada 2,000. Tetapi undi majoriti DAP di Repok ialah 2,679.

Di Batu Kawa, calon DAP Christina Chiew memperoleh 7,439 undi, menewaskan calon BN Tan Joo Phoi yang mendapat 6,896 undi.

“Tetapi tidak mudah untuk BN memenangi Bukit Assek. Itu kubu kuat DAP,” kata seorang pemerhati politik.

Malah, katanya, kerusi Senadin yang dimenangi BN dalam bahaya apabila menang hanya dengan majoriti 58 undi, apatah lagi jika terdapat pertembungan antara SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).  

Dalam pilihan raya itu, BN telah diasak oleh pembangkang dari pelbagai penjuru. Antara isu hangat  ialah persepsi SUPP tiada tulang belakang,  dan Al-Kitab atau kitab Injil dalam bahasa Malaysia. Isu-isu lain berkaitan kepemimpinan panjang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud yang disifatkan tidak mengamalkan tadbir urus yang baik, pendidikan bahasa Cina, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), serta bagaimana kontrak diberi kepada ahli perniagaan.

Undi Cina menyokong BN merosot tajam sebanyak 12 peratus menjadi sekitar 37 peratus dalam pilihan raya itu.

Berbanding DAP yang menguasai 44.91 peratus daripada 300,288 undi keseluruhan dimenangi pembangkang, SUPP pula hanya menguasai 30.02 peratus undi daripada 372,379 undi keseluruhan dikuasai BN dalam pilihan raya berkenaan.

Baca  wawancara eksklusif SarawakVoice.com dengan Penganalisis Politik Dr Lee Kuok Tiung “Apa lagi Cina mahu?” pada Rabu, 24 Februari.SARAWAKVOICE.COM