SIBURAN: Selepas 36 jam hilang, mangsa pertama banjir di Sarawak, pasukan pencari dan penyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu apabila menemui beg sandang milik Judus Jali, 18 tahun jam 10 pagi tadi.

Bersandarkan petunjuk tersebut, gerakan operasi SAR yang diketuai Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan kini menstruktur semua operasi mencari mangsa di sekitar radius 150 meter dari lokasi dihanyutkan arus deras.

Pada malam 20 Februari lalu, mangsa yang sedang melalui jalan ke Kampung Maang dari Kampung Panchor ketika banjir, sebelum terjatuh ke tebing sungai Maang.

Mangsa sempat berpaut pada dahan pokok namun tidak bertahan lama, sebelum hanyut.