Polis tumpaskan dua pembunuh upahan di Sibu

SIBU: Ketua Polis Negara mengucapkan tahniah kepada pihak polis di Sibu kerana berjaya menumpaskan dua pembunuh upahan. Beliau menyampaikan ucapan tersebut melalui akaun Facebooknya pagi ini.

Masyarakat di Sibu menganggap itu sebagai kejayaan besar polis di sini.

Dengan tumpasnya pembunuh upahan itu maka ia berjaya menyelesaikan tujuh kes bunuh atau cubaan bunuh. Difahamkan pihak polis Sibu mengadakan satu sidang media pagi ini.

Berita lanjut menyusul.