EKSKLUSIF: Modus Operandi pembunuh upahan dibongkar

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dev Kumar hari ini percaya pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes bunuh dan satu cubaan bunuh sejak 2012 dengan pembunuhan dua saspek di Sibu semalam.

Modus operandi saspek adalah dengan melakukan serangan ketika mangsa tidak dikawal ketika berada di restoran atau kedai minum.

Berikut adalah tujuh kes yang disyaki melibatkan saspek.

Gambar-gambar setiap kes akan menyusul.

Kes Pertama

KES 1 B

Serangan yang meragut nyawa seorang lelaki sekitar jam 11.15 pagi pada 11 Januari 2012 di Brooke Drive, Sibu. Saspek melepaskan tembakan dari kereta jenis Proton Saga.

Kes Kedua

kes 2

Pada 12 Julai 2012, seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera apabila ditembak di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Airport, Kuching. Penembak memecut dengan menunggang sebuah motosikal selepas melepaskan tembakan.

Kes ketiga

Seorang wanita ditembak mati pada petang 3 November 2012 di sebuah kafe di Jalan Pahlawan, Sibu. Penembak melarikan diri dengan menaiki Proton Saga.

Kes Keempat

Sebuah Myvi berhenti di hadapan sebuah kedai kopi di Penampang, Sabah dan tembakan dilepaskan dari dalam kereta membunuh seorang lelaki pada jam 10 malam, 3 Ogos 2013.

Kes Kelima

Seorang lelaki ditembak mati di sebuah restoran di Bintulu pada jam 9.40 malam 3 Julai 2015. Mangsa juga ditembak dari kenderaan Perodua Myvi.

Kes Keenam

Seorang lelaki ditembak mati manakala teman wanitanya selamat apabila ditembak di sebuah restoran di Jalan Long Bridge pada jam 11.25 malam 9 Januari lalu. Penyerang dikatakan menaiki Nissan Navara.

Kes Ketujuh

Satu cubaan membunuh dilakukan pada 18 Ogos 2014, hingga mencederakan seorang lelaki di sebuah restoran di Jalan Pahlawan. Penembak tersebut memandu Proton Wira.

-SARAWAKVOICE.COM

BACA BERITA BERKAITAN:

Kenali wajah pembunuh upahan
Tujuh peluru tembusi tubuh dua pembunuh upahan di Sibu