SIBU: Aktivis Sarawak for Sarawakian, Yew Beng Kang atau dikenali sebagai Beng Kor akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu jam 9 pagi ini kerana tuduhan menghina Ketua Menteri Sarawak, dua tahun lalu.

Beng Kor dipercayai melakukan penghinaan dengan mendakwa Tan Sri Adenan Satem sebagai seorang yang “bongok” dan “tidak ada otak”, dalam melaksanakan urusan pentadbiran di negeri ini.

Malah beliau tidak berpuas hati dengan pendirian Tan Sri Adenan untuk memastikan Sarawak kekal bersama-sana Malaysia, sedangkan pendirian Beng Kor dan rakan-rakan adalah berbeza.

Beng Kor merupakan individu yang kerap kali melakukan provokasi terhadap pasukan keselamatan dengan memuat naik status akaun facebook yang mencabar mereka menahannya.

Malah provokasi yang dilakukan itu menyebabkan ada rakan facebook Beng Kor hingga mengancam untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak itu.

Status ini kemudian mendapat hit dan viral di seluruh negara.

Susulan ancaman dan hinaan tersebut, laporan polis dibuat di seluruh negeri, terutama oleh pelbagai pertubuhan kerajaan. – SARAWAKVOICE.COM

BACA JUGA:

Pejuang S4S jangan melampau