Rogol gadis sunti dalam tandas: Lelaki Bangladesh dibelasah teruk, bermandian darah

KUALA LUMPUR: Di sebalik kerisauan rakyat Malaysia tentang kesan negatif kehadiran 1.5 juta lagi pekerja asing dari Bangladesh, berlaku kejadian pekerja dari negara berkenaan merogol seorang gadis sunti di sini, kelmarin.

Pekerja berkenaan telah bertindak ganas dengan mengadakan seks paksa terhadap seorang gadis berusia 13 tahun di dalam tandas sebuah kafe siber.

Dia telah dibelasah teruk gara-gara perbuatannya itu.

Mengikut laporan beberapa media hari ini, gadis berkenaan menemani ayahnya di kafe siber di Rampai Business Park, Sri Rampai sekitar pukul 10.30 malam, Khamis lalu.

Ayah gadis itu dikatakan begitu teruja bermain permainan video.

Ketika itulah tersangkas, yang ketika itu berada di kafe siber berkenaan, memanggil gadis tersebut.

Gadis 13 tahun itu pun mengikuti lelaki berkenaan.

Ketika dalam tandas itulah dia mencabul dan melakukan perlakuan jijik berkenaan.

Pada saat itu barulah ayahnya tersedar lalu mencari anak daranya itu, dan terkejut besar apabila mendapati anaknya berada di dalam tandas bersama-sama lelaki berkenaan.

Ketika itulah dia dibelasah oleh ayah gadis itu, dan pengunjung kafe siber lain.

Berdasarkan video berdurasi seminit 20 saat yang dimuat naik  dalam Facebook netizen, lelaki Bangladesh itu mendakwa dirinya mabuk.

Sementara beberapa lelaki menjerit ke arahnya, dengan mengatakan, “Itu budak-budaklah,”

Seorang lelaki lagi merayu supaya berhenti membelasah lelaki Bangladesh itu.

“Saya ada mabuk, tetapi saya tak ada kacau,” dakwa pekerja Bangladesh itu, sambil merayu dia tidak dipukul.

Darah kelihatan berlumuran di seluruh badannya.

Beberapa lelaki menerajang muka dan kepala pekerja Bangladesh itu.

Kes ini mungkin sahaja satu kekecualian kerana ramai lagi pekerja Bangladesh yang memang datang untuk mencari rezeki di negara ini, bukannya membuat hal. – SARWAKVOICE.COM