Kepala tertusuk besi tujuh kaki, namun buruh binaan selamat

MUMBAI:Malang memang tak berbau, tetapi pantang maut sebelum ajal.  Itulah yang dialami seorang buruh binaan sebuah kawasan pembinaan di Malad, di sini.

Kepala Mohammad Guddu, 21, yang baru bekerja 15 hari di kawasan terbabit, terusuk sebatang besi sepanjang tujuh kaki.

Batang besi yang jatuh dari bangunan menembusi bahagian kepalanya, ketika dia membancuh simen.

Nasib menyebelahi beliau apabila doktor di sebuah hospital kerajaan berjaya melakukan pembedahan rumit  selama lima jam terhadap tengkoraknya kepalanya. Besi berkenaan berjaya dikeluarkan,  dia bernasib baik apabila doktor di sebuah hospital kerajaan bertindak pantas dengan membelah tengkorak kepalanya untuk mengeluarkan besi berkenaan. Besi tersebut, bagaimanapun, tidak menembusi bahagian penting otaknya.

Dr. Batuk Diyora yang menge­tuai pembedahan tersebut berkata, bahagian tersebut merupakan kawasan kognitif yang sukar dilihat, selain  menempatkan fungsi motor dan deria.

Kecederaan itu bagaimanapun tidak merosakkan arteri yang membawa darah ke otak, katanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

“Kes ini boleh disifatkan sebagai ajaib kerana mangsa terselamat daripada kecederaan sedemikian,” kata Dr. Diyora.

Buruh binaan berkenaan dikatakan  beransur pulih meskipun lumpuh di bahagian kiri badannya, namun para doktor percaya mangsa akan sihat sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan, kata Malay Online.

Saksi mata kejadian berkata, mereka bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan Mohammad Guddu.

Mereka tergamam dan terkejut melihat keadaannya.

Gambar x-ray yang disiarkan akhbar itu menggerunkan, mendapati keseriusan kecederaan beliau, tetapi ramai menganggap kejadian itu, satu keajaiban apabila buruh binaan itu selamat.

Doktor berkata, Guddu selamat daripada bahaya dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa tiga bulan meskipun mungkin lumpuh sebelah kiri badannya.