KUCHING: Berikutan hujan luar biasa sejak semalam beberapa kawasan di sekitar Kuching, Bau dan Padawan mula ditenggelami air.

Di Serikin, Belimbing dan beberapa kampung di Bau, dan Simpok, Padawan pusat pemindahan mula dibuka apabila air naik pada paras dada.

Difahamkan pasukan penyelamat dan agensi bantuan kini diletakkan dalam siap siaga penuh berikutan pihak berkuasa baraj mula menutup pintu air berikutan air laut semakin tinggi.

Pada awal pagi tadi hujan turun renyai-renyai, tetapi mulai lebat sejak sekitar pukul 12 tengah hari tadi dan berlarutan sehingga berita ini ditulis pada pukul 2.30 petang.

Berdasarkan keadaan awan yang diserkupi kegelapan, dijangka hujan tidak akan berhenti untuk beberapa ketika lagi.

Hujan lebat yang turun di Kuching  dijangka menjejaskan Perayaan Ulang Tahun Hari Penjara Ke-30 yang dijadulkan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi di Padang Merdeka di sini, petang ini.  – SARAWAKVOICE.COM