Pekerja asing digantung

MUARA TUANG: Kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke negara ini berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut bukan sahaja melibatkan semua pekerja dari pelbagai negara sumber termasuk Bangladesh.

” Kita menyeru semua majikan mesti mengambil pekerja tempatan sebagai pekerja-pekerja mereka ,” katanya pada Majlis Mesra Anggota Tentera Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kem Muara Tuang, dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Johari Baharum dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Menurutnya, penangguhan ini dibuat untuk membolehlan pihak kerajaan meneliti semula keputusan terhadap
pembayaran levi dua tahap dan menumpukan kepada program penggajian semula, selain melakukan penguatkuasaan untuk menentukan tidak ada pekerja-pekerja asing yang baharu dibawa ke Malaysia.

Pengambilan pekerja asing dibeku2

Pengambilan pekerja asing dibeku

” Mana-mana pekerja asing yang tidak ada dokumen atau melebihi tempoh tinggal di Malaysia mereka akan ditangkap, ditahan dan dibawa semula pulang ke negara asal,” katanya.

Kerajaan kata Menteri Dalam Negeri itu lagi, akan menumpukan perhatian terhadap pekerja-pekerja asing sedia ada terutama mereka yang telah tamat tempoh atau sah laku visa pekerja mereka atau tidak mempunyai dokumen.

” Mereka ini tidak akan dibenarkan bekerja di Malaysia dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan secara besar-besaran.

Tegasnya lagi, rakyat khususnya kumpulan belia akan menyahut seruan kerajaan supaya memgambil alih tempat semua pekerja asing dan berada sebagai tenaga kerja utama di negara ini untuk pembangunan ekonomi negara.

” Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh industri,” jelasnya.

Isu penggambilan pekerja asing ini hangat minggu lalu berikutan tindakan persetujuan kerajaan untuk mengambil 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh tiga tahun bagi mengisi kekesongan dalam pelbagai sektor di negara ini. – SARAWAKVOICE.COM