Lebuh Raya Pan Borneo siap 2022

KUCHING: Tender 10 pakej kerja untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan ke Miri, sejauh 746 km, akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya.

Projek termahal dan terbesar bagi Sarawak itu dijangka siap pada 2022,

Lebuh raya sepanjang 1,089 km  itu, dengan kos sekitar RM16.4 bilion dikategorikan ke dalam beberapa pakej.

Projek itu bagi penganalisis ekonomi dijangka mampu memberi kesan limpahan sosioekonomi kepada Sarawak dan Sabah, serta memudahkan penduduk di kedua-dua negeri terbabit bergerak.

Datuk Fadillah Yusof berkata, kerja-kerja bagi dua pakej, iaitu persimpangan Jalan Nyabau ke persimpangan Jalan Bakun (43 km) di Bintulu dan Telok Melano ke Sematan (33km) di Sematan telah bermula.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata demikian semasa merasmikan sesi rangkaian Unit Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) di Kuching semalam.

Menteri Kerja Raya itu meminta kontraktor tempatan mengenal pasti bidang yang dapat laksanakan oleh mereka dalam projek itu, berdasarkan keupayaan masing-masing. – SARAWAKVOICE.COM