KUCHING: Jabatan Buruh Sarawak hari ini bertegas bahawa mereka tidak akan melayan dan memproses sebarang permohonan untuk membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh.

Pengarahnya, August Buma berkata, tindakan itu sejajar dengan dasar terkini kerajaan negeri yang mendapati mereka “tidak sesuai” untuk bekerja di negeri ini.

Sarawak tolak BANGLA 2

” Kita hanya akan memproses permohonan mereka (pekerja Banglasesh) jika kerajaan negeri menukarkan polisi mereka.

” Harus diingat, Sarawak memiliki kuasa dan hak penuh terhadap imigresennya sendiri, dan mereka (pekerja Bangladesh) tidak boleh datang ke sini tanpa keizinan kerajaan negeri,” katanya seperti dipetik dalam sebuah akhbar tempatan hari ini

Buma mengulas tindakan Kerajaan Pusat untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke dalam sistem pasaran kerja negara ini untuk tempoh tiga tahun akan datang, atas alasan wujudnya permintaan pasaran dan majikan.

Ia susulan keputusan Kabinet Bangladesh pada 25 Februari lalu yang bersetuju melalui saluran antara kerajaan dengan Kerajaan Malaysia, membenarkan pekerja Bangladesh dihantar bekerja ke negara ini.

Pekerja Bangladesh ini kelak dijangka akan mengisi permintaan pasaran di sektor perladangan, selain pembuatan dan pembinaan.

Menurut Buma, setakat hari ini, pihaknya mengeluarkan hanya 148 lesen sah bagi membolehkan majikan menggaji pekerja di bawah Seksyen 119, Ordinan Buruh Sarawak.

” Daripada jumlan itu, 130 adalah dalam sektor pembuatan, 26 sektor pembinaan dan setiap satu untuk sektor perlombongan dan kuari.

Bagaimanapun untuk setiap lesen yang dikeluarkan, tidak mengehadkan jumlah pekerja yang boleh diambil.

Pada tahun lalu, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika masih menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, cadangan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ke pasaran Sarawak perlu dikaji secara teliti kerana dikhuatiri memberikan impak negatif dari sudut sosial.

” Jika terdesak, kehadiran mereka hendaklah disertakan dengan syarat-syarat ketat, termasuk tidak boleh menyewa rumah dan sebagainya,” katanya. – SARAWAKVOICE.COM

Sarawak tolak BANGLA