Thursday, December 9, 2021

Buat laporan polis selfie baulu kemaluan lelaki jadi viral

Secara Rawak

MIRI : Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa gambar selfie yang dikongsi hanya untuk rakan-rakannya di fecebook, telah disebar hingga menjadi viral dan mengaibkannya.

Faridah Ulis, 45, atau dikenali dengan nama maya, Mamadot membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada jam 11.41 pagi semalam, sebelum membuat laporan lanjut di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petangnya.

Salah satu daripada gambar selfie itu menampakkan dia bergambar dengan kuih bahulu berbentuk kemaluan lelaki yang dijual di sebuah kedai.

img_0311.jpg

“Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran iti,” katanya, seperti yang dipetik oleh Bernama hari ini.

Kata Faridah, dia berkongsi gambar itu dengan rakan-rakan facebooknya beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina lalu.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, dia menyedari foto tersebut disebarluaskan dalam pelbagai medium media sosial di seluruh negara.

“Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan.
Sebaliknya katanya, dia memaklumkan kepada mereka bahawa ia unik.

” Malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan,” katanya.

Penyebaran foto tersebut memberi kesan mendalam kepada Faridah kerana ia bukan sahaja mengaibkannya, malah menimbulkan pelbagai kritikan daripada pengguna internet. -SARAWAKVOICE.COM

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru