KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan pisau pemotong sayur di sebuah rumah kongsi di Demak Laut dekat sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, mangsa dikenali sebagai Dimas, berusia 20 tahun berasal dari Timor, Indonesia.

” Ketika ditemui, mangsa yang sebelumnya pernah bekerja di tapak rumah kongsi di kawasan pembinaan itu masih hidup dengan keadaan terbaring mengiring dan perutnya terburai.

indon perut terburai2” Turut dijumpai ialah sebilah pisau pemotong sayur yang dibungkus tuala pada bahagian pemegangnya.

Roslan berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans sejurus mereka tiba di lokasi.

Memetik fakta kes, mangsa dikatakan telah berjumpa rakannya pada malam sebelum kejadian dan mereka menikmati minuman keras bersama-sama.

” Keesokan harinya, rakan mangsa keluar bekerja dan apabila dia pulang ke rumah kongsi untuk berehat sekitar jam 3.30 petang, dia menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, menurut tunang mangsa, yang juga warga Indonesia, dia telah bertunang dengan mangsa sejak tiga bulan lalu, sebelum mereka berpisah Sabtu lalu, kerana mangsa kecewa dimarahi jarang pulang ke rumah mereka.

” Kali terakhir mangsa bertemu tunangnya adalah sehari sebelum kejadian, untuk mengambil kelengkapan diri,” kata Roslan lagi.

Siasatan awal polis turut menemukan sekeping surat yang dipercayai ditulis mangsa: ” SEKIT SORE ADE INI TERAKIR BUAT KITA DUD? SAMPAI HATI BUAT AKU KECEWA MATCAM NI AKU TIDAK DAPAT TAHAN SUDA BIAR AKU MATI DARIPADA AKU HIDUP . BARANG2 YG DI LELING KAMU MAU PAKE, PAKE JA. UANG YG AKU KASI KAMU TOLONG……. DIBALIKAN DI AKU PUNYA ABANG DI KILALANG PLASTIK. DIMAS – TU SAJA”

Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes ini tetapi ketika ini masih mengklasifikasikannya sebagai bunuh diri dan mati mengejut. – SARAWAKVOICE.COM

BACA JUGA:

Lelaki Indonesia maut dalam kemalangan jalan raya di Bintulu