KUCHING: Dunia hiburan Sarawak kehilangan sebutir permata hari ini, apabila pemuzik veteran, Daniel Haji Shukri, 58, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Daniel, abang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri meninggal pagi tadi di Hospital Umum Sarawak setelah menderita barah tekak tahap empat.

Daniel merupakan pemuzik yang aktif di bandar raya ini dan sering mendapat undangan melakukan persembahan.

Lahir daripada keluarga yang cinta akan seni dan muzik, Daniel merupakan anak ketujuh daripada 11 adik-beradik.

Beliau merupakan ahli perniagaan sepenuh masa meninggalkan isteri dan lima anak. Tiga daripada anaknya adalah perempuan.

Jenazah Daniel akan disempurnakan di kediamannya di Jalan Bentara, Semariang dan akan disemadikan di tanah perkuburan Semariang petang ini. – SarawakVoice.com