Banjir langgar Lundu

LUNDU: Berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi beberapa kawasan rendah di daerah ini mula dinaiki air.

Menurut Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, beberapa kawasan di Jalan Sebako dan Kilometer 3 menuju ke Pandan kini hanya dapat dilalui kenderaan besar.

Dua hari lalu, Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah dipetik berkata, Jabatan Meterologi meramalkan hujan luar biasa melanda selatan Sarawak dari 16 hingga 18 Februari dan memungkinkan berlakunya banjir sekali lagi. – SarawakVoice.com