Aziz Isa pertikai larangan ” Served No Pork”

KUCHING: Pembantu Khas kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP), Abdul Aziz Isa semalam sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan kepada restoran yang mempamerkan papan tanda ” Served No Pork” atau ” Tidak Menghidang Babi.”

Dengan sedikit kasar beliau memuat naik status mempersoalkan rasional mengenakan tindakan terhadap restoran yang meletakkan tanda “No Pork”?

12583845_1102301846470485_939441877_n” Muslim mana yang keliru ni? Yang keliru adalah Melayu rasis yang tidak dapat bezakan babi dan rasuah! Siapa kita nak menghalang orang makan? Adakah kamu Tuhan? ” katanya dalam status facebooknya petang semalam.

Katanya lagi: ” Tahukah kamu, tujuan sesetengah restoran meletakkan tanda “No Pork” bukan hanya untuk Muslim sahaja?

” Dalam Kristian pun ada mazhab yang tidak makan babi seperti mazhab Seventh-Day Adventist, begitu juga dengan pengikut sesetengah ajaran Hindu dan Buddha yang tidak makan daging.”

Menurutnya, dia hairan akan tindakan oleh penguatkuasaan perlu diambil, dan mempertikaikan kewajarannya.

” Tiba-tiba pula ada yang nak ambil tindakan kononnya mengelirukan orang Islam? Hello, bukan Islam pun ada yang tak makan babi. Ada otak tapi tak ada ilmu.

” Di sekolah dah diajar, siap diasingkan kelas Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral, takkan masih keliru?”

Sindir Aziz lagi: ” Masa di sekolah buat apa? Dating? Ganja? Bertumbuk? Dah besar nak jadi bodoh dan pak turut? Ada mulut, tak nak bertanya tapi dah besar, keluarkan kenyataan tak masuk akal.”

” Letak tanda “Tak Halal”, salah. Letak tanda “No Pork” pun salah. Habis, nak letak apa? “No Oink Oink”?

” Dengan babi kamu boleh keliru tetapi dengan rasuah kamu tidak keliru pula? Hanya yang bodoh, lemah iman dan cetek agama sahaja akan keliru. Orang yang ada pendidikan agama akan belajar menghormati dan menerima perbezaan,” tambahnya.

Kata Aziz, dalam Islam, kalau mengikut cara Islam, ia akan dipanggil halal, dan kalau tidak ia dipanggil haram. Dalam Yahudi ianya dipanggil kosher dan trefa.

” Cuba lihat orang Sarawak, tak ada pun perkara ini jadi isu sebab Muslim di Sarawak lebih pandai berfikir dan terbuka.”

Katanya lagi, kalau tak nak pergi restoran “No Pork”, tak payahlah nak kecoh.

” Pergilah ke restoran yang letak tanda “Halal”. Melambak restoran “Halal” mamak di Malaysia. Selesai, sudah.

” Babi kamu takut, rasuah kamu tak takut. Lepas ni tuduh DAP? Atau nak tutup isu RM2.6 billion dan kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh? Bangang!

Kenyataan Aziz yang gemar tampil dengan kontroversi ini boleh dilayari di url https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153475375836588&id=693451587.  – SARAWAKVOICE.COM