KOTA SAMARAHAN: Biarpun pihak berkuasa giat menjalankan operasi bagi membanteras pembalakan haram, namun kerakusan manusia terhadap hasil hutan ini masih tidak berpenghujung.

Terbaru, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hutan Sarawak menyerbu sebuah kilang papan di daerah ini yang memproses kayu haram pada jam 11.30 pagi, semalam.

Pengarah Hutan Sarawak Sapuan Ahmad berkata, dalam pemeriksaan itu, sebuah mesin gergaji yang dipercayai untuk memproses kayu balak haram dirampas.

Katanya, turut disita, sebanyak 650 kayu balak pelbagai saiz dan spesies.

“Kertas sisatan akan dibuka bagi mentafsir nilai rampasan selain memastikan penjenayah berkenaan tidak terlepas.

” Sisatan akan dibuat berdasarkan peruntukkan dalam Forest Ordinan 2015 Chapter 71,” katanya.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, penjenayah berkenaan bakal berhadapan dengan hukuman yang berat.

Beliau menambah, kejayaan serbuan itu atas intipan yang dibuat sejak beberapa hari yang lalu hasil maklumat orang awam. – SARAWAKVOICE.COM