Penyamun rompak RM60 ribu, 25 jam tangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Dua keluarga yang tinggal berjiran malam tadi mengalami detik menakutkan apabila disamun oleh empat lelaki bertopeng dan bersarung tangan.

Dalam kejadian pertama sekitar jam 4 pagi di Jalan Pustaka dekat sini, mangsa seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dan keluarga sedang tidur nyenyak sebelum menyedari pintu biliknya dibuka secara paksa.

  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ernest John ketika dihubungi berkata, saspek yang dipercayai empat lelaki warga Indonesia bersenjatakan pisau dan pemotong kertas kemudian mengikat mangsa dan dua anak lelakinya dengan besi penyangkut baju.
” Isteri mangsa pula diikat dengan kain manakala anak perempuannya yang berusia 28 tahun tidak diikat,” katanya.
Kata Ernest, perompak tersebut berjaya melarikan 25 utas jam tangan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM10 ribu, telefon bimbit, tablet dan wang tunai matawang asing.
” Mereka juga berjaya melarikan pelbagai barang kemas dan kerugian yang dialami mangsa ditaksirkan sekitar RM60 ribu,” katanya.
Kata Ernest, hasil siasatan awal mendapati saspek memasuki rumah tersebut dengan mengumpil tingkap di bilik bacaan di tingkat bawah sebelum menggunting jeriji tingkap.
” Ketika kejadian mangsa dan isteri tidur di dalam bilik utama di tingkat satu manakala anak mangsa di tidur di dua bilik berbeza di tingkat bawah,” katanya.
Kata Ernest, kumpulan perompak yang sama sebelum itu dipercayai memecah masuk rumah jiran mangsa, yang terletak bersebelahan.
” Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan hanya kehilangan sehelai jaket,” katanya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. Jika sabit kesalahan, saspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan. – SarawakVoice.com

Terbaru