Lily Yong cabar presiden SUPP

KUCHING: ” Bertandinglah di Padungan? Usah jadi pengecut dengan bertanding di kawasan selamat di Batu Kawah atau Batu Kitang!”

Itu cabaran Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Lily Yong terhadap Presidennya, Datuk Sim Kui Han sejak Ogos lalu — bagi menguji kekuatan presiden parti itu.

Lily merupakan ADUN terakhir BN di kerusi tersebut sebelum kecundang di tangan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dominic Ng pada tahin 2006.

Pada tahun 2011, Ketua Pemuda SUPP, Alan Sim mewakili BN berusaha merebut kerusi itu namun ia terlepas kepada calon muda Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong King Wei, yang menang besar dengan majoriti 7,884 undi.

Antara nama yang kini disebut-sebut bakal membawa bendera BN di kerusi tersebut ialah Naib Pengerusi SUPP Cawangan Kuching, Peter Pui.

Dr Sim
Dr Sim

Sementara itu, keberanian Kui Hian yang muncul sebagai Presiden — sebagai penyelesaian krisis pertembungan dua puak — satu puak diketuai oleh Tan Sri George Chan dan Tan Sri Peter Chin manakala satu kelompok diketuai Datuk Sri Wong Soon Koh (yang kini merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu – UPP) menyahut cabaran ini masih menjadi persoalan.

Kui Hian, antara pakar kardiologi terbaik dunia yang kini menjawat Senator Dewan Negara pernah bertanding pada tahun 2011 di DUN Pending tetapi tumpas kepada calon wanita DAP, Violet Yong dengan majoriti 7,595 undi.

Pada Isnin lalu, Kui Hian dalam kenyataannya memaklumkan bahawa SUPP bersedia untuk bertanding di 21 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan 16 calon boleh menang SUPP yang dikemukakan kepada Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem untuk semakan akhir.

Dalam kenyataan itu, Kui Hian berkata, timbalannya, Datuk Seri Richard Riot Jaem akan mengumumkan kemudian nama lima calon potensi menang SUPP bagi kawasan majoriti kerusi Bumiputera.

” Ini termasuk satu kerusi baharu yang akan diamanahkan kepada SUPP menerusi formula perkongsian kuasa Barisan Nasional ,” jelasnya.

Dalam senarai itu, nama Kui Hian yang juga anak kepada mantan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Sim Khen

Peter Pui
Peter Pui

g Hong, dinamakan sebagai calon untuk kerusi Batu Kawah atau Batu Kitang, bersama-sama dua calon potensi lain iaitu mantan ADUN Batu Kawah, Tan Joo Phoi dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Chere Chiang.

Di sebalik tidak menamakan calon Padungan, SUPP mengumumkan bekas calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew sebagai calon kerusi Bawang Assan, yang kini disandang Soon Koh.

Kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemerhati politik, apakah Kui Hian melayan cabaran Lily Yong, yang diulanginya tiga hari lalu?

Untuk rekod, dari aspek tradisi sejarahnya, kerusi Padungan merupakan kerusi “paling panas” dan paling sukar dalam merebut undi majoriti Cina di Sarawak.

Dan di sini jugalah lahirnya pemimpin-pemimpin besar komuniti itu seperti Sim Kwang Yang dan Song Swee Guan. – SarawakVoice.com