Lengan wanita tertusuk besi 6 sentimeter

KANOWIT: Seorang wanita berdepan situasi ngeri apabila lengan kanannya tertusuk besi tajam di pintu pagar rumahnya di Kampung Muhibbah di sini, tengah hari tadi.

Wanita berusia 29 tahun terbabit dikatakan tergelincir ketika ingin membuka kunci mangga di pintu pagar, dalam kejadian jam 12.30 tangah hari itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, satu jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati lengan kanan seorang wanita terbenam dalam besi berukuran kira-kira enam sentimeter.

“Bomba menggunakan pemotong besi mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi di pintu pagar.

“Dalam keadaan besi masih tertusuk di lengan, mangsa diserahkan kepada ambulans, dihantar ke Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – SarawakVoice.com

IMG-20160215-WA0002