Seks dengan gadis 13 tahun: Remaja lelaki  diheret ke balai polis

 

KUCHING:  Seorang jururawat hospital terkejut besar apabila mendapati anak perempuannya berusia 13 tahun sedang berdua-duan dengan remaja lelaki berusia 17 tahun, di atas katil di dalam biliknya.

Ibu tunggal  berusia 41 tahun itu mendapati remaja lelaki berkenaan terselubung di dalam selimut di atas katilnya di rumahnya di Kajang, mengikut akhbar The Star hari ini.

Beliau  dilaporkan balik ke rumah dari tempat kerja sekitar pukul 10.30 pagi semalam untuk mengambil barangan yang tertinggal.

Tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila kamarnya terkunci dari dalam, dan beliau terpaksa mengetuk pintu selama 10 minit.

Sepatutnya tidak ada orang lain di rumah itu kecuali anak perempuannya, tetapi sejurus selepas pintu biliknya dibuka beliau mendapati seorang remaja lelaki  menyembunyikan diri di dalam selimut di atas katil.

Beliau mendapati anaknya tidak berpakaian lengkap.

Marah dengan kejadian itu, wanita terbabit mengheret lelaki berkenaan ke balai polis Bandar Baru Bangi meskipun menyatakan kesediaannya untuk mengahwini kanak-kanak perempuan berkenaan.

Mengikut remaja lelaki itu, seperti dipetik akhbar nasional itu, mereka telah menjalin asmara selama dua tahun dan mengakui telah mengadakan hubungan seks dengan pasangannya itu sejak November tahun lalu apabila ibunya tidak ada di rumah.

Dengan kejadian itu, pasangan itu tidak akan dapat meraikan Hari Valentine esok. – SarawakVoice.com