KUCHING: Pengguna jalan di Satok di sini gempar apabila seorang lelaki ditemui tidak bernyawa di bawah jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching pagi tadi.

Saksi, Hamnie Paie , 60 tahun berkata, dia pada mulanya menyangka lelaki tersebut hanya tidur namun apabila didekati, lelaki terbabit sebenarnya tidak bernyawa.

Terkejut dengan penemuan jasad kaku sekitar jam 11 pagi itu, satu laporan polis telah dibuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendant Ernest John yang dihubungi Sarawak Voice.com mengesahkan penemuan ini.

Pihaknya percaya mayat yang belum dikenal pasti identiti itu merupakan seorang gelendangan.

” Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”

Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat. – SarawakVoice.com