Kesesakan Hospital Umum Sarawak dijangka selesai: Subra

SAMARAHAN: Masalah kesesakan yang melanda Hospital Umum Sarawak dijangka akan dapat ditangani dengan siapnya Hospital Petra Jaya dalam tempoh satu setengah tahun lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, hospital bernilai RM500 juta itu kelak juga akan dijadikan institusi khusus untuk rawatan ibu dan anak, sekali gus memberi ruang lebih kepada Hospital Umum Sarawak untuk dimanfaatkan bagi pelbagai keperluan lain.

AmZECXxTBccFkfN5CSAesxf3ir8S54aJ4f1iLzb8DTdc

” Dengan memindahkan kemudahan rawatan ibu dan anak yang ada di Hospital Umum Kuching ke Hospital Petra Jaya, ia akan berjaya mengosongkan lebih kurang 300 katil yang digunakan untuk perkhidmatan ibu dan anak sebelum ini.

” Pengosongan itu membolehkan ia digunakan untuk keperluan-keperluan yang lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan.

Beliau turut merasmikan penggunaan mesin rawatan jantung yang baharu, yang membolehkan mereka yang diserang sakit jantung dirawat segera, tanpa melalui proses penstabilan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datu Dr Zulkifli Jantan.

AoOqFLNQQ_ISteSzL7oJrwEVtVL1Y_qRJjFSWO-lLj9X

Menurut Subramaniam lagi, sebuah klinik kesihatan baharu juga dicadangkan dibina di kawasan Tabuan Jaya dengan kos RM40 juta manakala klinik kesihatan di Siburan yang kini menangani 400 pesakit sehari pada saban waktu bakal menerima klinik baharu dengan kos RM35 juta ringgit.

Kerajaan juga katanya, turut meluluskan pembinaan blok perkhidmatan klinikal Hospital Umum Sarawak dengan anggaran kos RM43 juta ringgit, dengan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam tempoh dua tahun.

Subramaniam yakin, dengan wujudnya pelbagai kemudahan, fasiliti dan projek pembangunan baharu ini, tahap kesihatan rakyat di negeri ini akan dapat ditingkatkan. – SarawakVoice.com