KUCHING: Sehingga jam 2 petang tadi, kesemua pusat pemindahan mangsa banjir di Bahagian Kuching telah tutup sepenuhnya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, hanya dua pusat pemindahan dibuka di Bahagian Serian iaitu di Dewan Kampung Kanawit Betong, yang mencatatkan 18 mangsa daripada 5 keluarga.

Manakala Pusat Pemindahan Surau Hadhari mencatatkan 56 mangsa daripada 18 keluarga.

Pada Isnin lalu mereka berpindah akibat banjir di Kuching, Bau dan Serian menjangkau 8 ribu orang berikutan berlakunya pertembungan taburan hujan yang tinggi dan air pasang raja. – SarawakVoice.com

AvPvk3K8HfTgJumAwxLvy28XMQOCWYfgNxzUQ6fM70pi

AtXGoQhUtkLcOJlkXHOv1kB8-xa3gtNnI6fmngrLfoZK