Sang bedal masuk pukat di Lundu

LUNDU: Seorang nelayan dari Kampung Bitokan dekat sini terkejut apabila seekor buaya sebesar tong gas tersangkut pada jalanya malam tadi.

Murtius Dirus, 36 tahun berkata, buaya tersebut tersangkut di jalanya sewaktu dia hendak menarik naik hasil tangkapan.

” Saya cemas. Nyaris saya menjadi hidangan malam buaya itu. Mujur saya sempat mengelak daripada dibahamnya,” katanya lagi.

Dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang kebetulan bertugas tidak jauh dari situ, reptilia itu berjaya dihalau.

Menurut Murtius, ini merupakan pertama kali buaya tersebut dilihat berada di ladang kelapa sawit kampung tersebut.

Akibat banjir pagi tadi, hubungan 500 penduduk kampung itu menuju ke Kampung Selampit sejauh 200 meter terputus akibat kenaikan paras air Batang Kayan. – SarawakVoice.com