TANJUNG MANIS: Selepas tiga hari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggerakkan operasi mencari dua lelaki yang ditarik ombak di Pantai Belawai Isnin lalu, mayat seorang lelaki yang dipercayai salah seorang mangsa dijumpai terdampar di tebing sungai pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, mayat lelaki tersebut ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, dalam keadaan terlentang.

At7XAe2rMy1cFm2HefUiXZWah4R3CbbTPxP6hcudprk- (1)

AjFM-KBh18p_UCkXNEaJInNtNNnINUNKRyGv_3G5NU3_

“Kita dimaklumkan oleh seorang nelayan pagi ini bahawa mereka menjumpai mayat tersebut terdampar di Tanjung Rebujok menghala ke Sebayang sekitar 7.00 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sarawak Voice.com.

Jarak Tanjung Rebujok dengan lokasi mangsa hilang adalah kira-kira 15 kilometer.

Bagaimanapun katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan akan ditentukan selepas proses bedah siasat dan pengecaman.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang remaja, Muhammad Hanis Ahmad Tajuddin, 16 tahun, Armi Armira Pendeta Pendita Bakeri, 27 serta dua rakan mereka sedang mandi di pantai tersebut sebelum Muhammad Hanis kelihatan terkapai-kapai ditarik ombak.

Armi cuba menyelamatkan mangsa namun dia turut sama ditarik ombak sebelum hilang dari pandangan.

Dua rakannya yang lain, Azlan Suria, 16 tahun dan Ahmad Mansor, 17 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada orang ramai dan pihak polis.

Menurut Farhan, operasi SAR di sini berhadapan kesukaran kerana ombak besar serta angin kencang, hingga memaksa mereka hanya melakukan ” “surface searching”.

Gerakan mencari melibatkan lebih 50 penduduk dan anggota penyelamat tersebut turut menggunakan lebih 21 bot pelbagai saiz.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada Klinik Kecil Daerah Belawai untuk tindakan lanjut. – SarawakVoice.com

Ahnz_0FVayVkjdg6dGjENv7haN1Fu9kL5GHEhtc76-U9