Buaya gigit mangsa banjir  di Tupong Ulu

KUCHING: Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Seorang lelaki belajar daripada kebenaran peribahasa ini ketika meredah banjir di Kampung Tupong Ulu, petang semalam.

Shakawi Suhaili terpaksa dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak setelah diserang dan digigit buaya ketika banjir melanda.

Difahamkan, dua batang gigi buaya tersebut masih terbenam pada paha mangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, warga Kuching kecoh apabila muncul beberapa ekor buaya yang sering berjemur di tebing Sungai Sarawak. – SarawakVoice.com

ArxD3j6C20av0KVcAbes2Y3l9aCwWqZwGVX2EpX_t6it