Gambar Hiasan

KUCHING: Sebuah pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Antarabangsa Kuching pada jam 8.40 malam tadi berikutan masalah teknikal pada sistem navigasinya.

Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu membawa 94 penumpang dan anak kapal dikatakan sedang dalam perjalanan ke TUDM Subang.

Menurut sumber, pesawat tersebut memaklumkan kepada menara kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mengenai masalah yang dihadapinya.

” Berikutan itu, empat jentera bomba lapangan terbang berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan sebuah lori tangki bomba dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan yang lancar, dengan juruterbang berjaya meletakkannya ke dalam hangar dengan selamat. – SarawakVoice.com