KUCHING : Ketika warga bandar raya sibuk meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama keluarga dan rakan taulan, kumpulan samun terdiri daripada tiga warganegara Indonesia mengambil kesempatan untuk mencari duit lebih dengan menceroboh rumah.

Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Dalam satu gerakan polis awal pagi tadi, mereka yang telah  kegiatan itu sejak Disember lalu, telah diperangkap polis di jalan raya melalui Ops Rantau.

Tiga suspek dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah di kawasan Kuching dan Padawan, telah ditangkap polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, KJSJ Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar,  memberitahu, dua daripada tiga penjenayah tersebut ditahan dalam kenderaan mereka  pada pukul 1 pagi tadi di Batu 29 Jalan Kuching Serian.

Pemeriksaan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah JSJ Serian ASP Mohamad Fazri Yusof mendapati kenderaan yang dinaiki kumpulan samun itu mengandungi beg dengan barangan hasil pecah rumah.

Ekoran penahanan kedua-dua suspek berusia 18 hingga 22 itu,  polis JSJ Serian melancarkan serbuan di sebuah rumah di Sungai Moyan di Batu Kawa,  Kuching pada pukul 5.30 pagi.

Antara yang ditemui ialah telefon bimbit dan rantai emas.

Katanya, sebanyak enam kes berjaya diselesaikan dengan penahanan suspek.

Polis berjaya menangkap suspek ketiga berusia 31 tahun yang dipercayai perancang utama kumpulan terbabit. – SarawakVoice.com