AgaIRTqXuzrQoJa-UDZCO-elC6ejLzHNj3KmLCsYoVn6

KUCHING: Menepati ramalan air pasang besar 6.1 meter yang dikatakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha pagi tadi, kawasan pertempatan di sekitar Kuching mengalami banjir besar petang tadi.

Banjir yang berpunca dari limpahan air Sungai Sarawak itu menyebabkan beberapa kampung di sekitar Satok dan Seberang Ulu tenggelam, terutama di pinggir sungai.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya memohon malah merayu penduduk yang tinggal di kawasan rendah agar berpindah awal untuk mengelakkan mereka daripada terperangkap.

” Pihak kita telah bersedia. Anggota-anggota kita telah dikerahkan ke lokasi strategik untuk melaksanakan tindakan awal apabila banjir melanda.

Aib024I0j9jtRJ7sCaPwtdRL7NDxhn7APmv0H9KiGBfm Am9tiDI2kKU1HbK0D12t7dRj_nrszYbxOqnqpKdaZScw

Kerana itulah katanya, kerjasama orang ramai amat dituntut.

” Kita memohon semua penduduk sentiasa berwaspada dan siap siaga kerana fenomena yang sama dijangka berlaku semula sekitar jam 5.00 pagi esok. Tinjauan sekitar 6.30 petang tadi di beberapa perkampungan di Kuching termasuk Jalan Patinggi Ali dan Kampung Bintangor mendapati banyak kereta yang diletakkan di tempat tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Penduduk didapati meninjau keadaan di sekitar rumah dan juga Sungai Sarawak. Namun, didapati air mulai turun sekitar pukul 7.30 malam, melegakan penduduk yang bimbang ancaman banjir besar yang boleh mendatangkan kerugian. – SarawakVoice.com